Friday, March 7, 2008

Kokka,Di Sebalik Penipuannya



















Kokka adalah sebiji buah,bukan KAYU.

Nama saintifik: Attalea Funifera
Family: Arecaceae Palm Tree
Common Name: Piassaba Palm

Rata2 dakwaan mengenai asal buah Kokka asli iaitu dari Kokka Nigeria, Kokka Iran dan Kokka Turki.Walhal sebenarnya pokok Kokka ini berasal dari Brazil.Saya sendiri pernah bertanyakan kepada tuan kilang (Mesir) yang mengusahakan tasbih,cincin dan gelang daripada buah kokka.Tuan kedai itu sendiri mendakwa buah kokka ini diimport dari negara Brazil.

Ada yang mendakwa Bahtera Nabi Nuh A.S diperbuat daripada kokka.Mana mungkin buah kokka boleh membina Bahtera Nabi Nuh A.S.Kayu daripada pokok kokka juga tidak sesuai untuk dibuat kapal kerana batang kayunya adalah seperti pokok kelapa sawit dan pokok nipah.

Menurut sesetengah orang bahwa bahtera Nabi Nuh daripada kayu pine. Ini adalah nas Taurat. [Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah (1/124), lihat juga Torakh: Genesis chapter 6:14, kayu itu disebut sebagai gopher wood. Penafsir Injil menyatakannya sebagai pokok cypruss.

Begitu juga dengan dakwaan Tongkat Nabi Musa A.S diperbuat daripada kokka.Sememangnya kokka boleh dibuat tongkat tetapi Imam Abdur Razzaq telah menukilkan di dalam tafsirnya bahawa al-Kalby (seorang perawi yang dhaif) telah berkata, "Tongkat nabi Musa diperbuat
daripada kayu Ausaj" [sejenis pokok berduri dari spesis terung. Buahnya bulat dan hitam menyerupai batu aqiq. Lihat: Mu'jam al-Wasit (m.s 600)] . Begitu juga disebut oleh Imam at-Thabari dari Imam Qatadah [Lihat Tafsir as-San'ani (3/91) dan Tafsir at- Thabari (20/17)]


Anda boleh lihat sendiri beberapa dakwaan yang bercanggah mengenai Kokka:-

http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka/buku.html
http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka.html
http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/12/antara-awjah-kokka.html


Nasrul Say,s:Sekadar ingin membetulkan fakta sebenar.Tidak semua peniaga kokka arab mesir tahu asal kokka sebenarnya.Matlamat utama mereka hanyalah keuntungan dan laris jualannya.(nak tahu di mana kilang kokka boleh hubungi saya)

Bagi mereka yang menjual kokka dinasihatkan agar janganlah menceritakan perkara yang karut marut, semata2 untuk melariskan jualannya,bimbang nanti dapat saham syirik yang mengundang kepada dosa besar.

Bagi saya kokka tidak ada apa2 kelebihan cuma ianya amat cantik untuk dibuat tasbih atau barang perhiasan sementara isinya boleh dibuat minyak.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online